Wednesday, December 29, 2010
FINAL KEDUA AFF SUZUKI 2010
Tahniah kepada pasukan Bolasepak Malaysia kerana berjaya menjadi juara Piala AFF Suzuki buat kali pertama. Cuma agak terkilan kerana tidak berjaya meraih kemenangan di laman Indonesia. Rentak pasukan Malaysia tampak berubah apabila pertukaran dibuat dengan mengeluarkan Ammar Rohidan dan menukarkan posisi Sabri Abu ke Defensive Midfielder dan menggantikan Razman ke pertahanan kanan. Keserasian yang mungkin masih belum wujud menyebabkan Malaysia makin goyah. Ruang di kedua-dua posisi tersebut makin terbuka sehingga menyebabkan Nasuha dan Ridwan berjaya membolosi gol Malaysia. bagi saya, kedua-dua gol tersebut bukan kesilapan Khairul Fahmi yang sememangnya cemerlang. Apatah lagi, apabila beliau berjaya menyelamatkan sepakan penalti Firman. Cadangan yang mungkin lebih baik, jika pertukaran ingin dibuat ialah dengan memasukkan Gurusamy menggatikan Ammar Rohidan. Satu lagi yang agak terkilan apabila Firman diumumkan sebagai pemain terbaik berbanding Nor Shahrul Idlan, Khairul Fahmi atau Safee Sali.
Tuesday, December 28, 2010
PMR MRSM KOTA PUTRA 2010 : PMR TERBAIK, PAI TERBURUK
PMR 2010 memberi satu pengajaran baru bagi diriku. Di tengah-tengah kecemerlangan rakan-rakan sejawatku dalam mencapai kejayaan subjek masing-masing dalam PMR 2010, bahkan kecemerlangan paling terbaik dalam masa enam tahun sejak 2005, tetapi guru-guru Pendidikan Islam memaparkan wajah duka dan lara. Apa tidaknya, apabila Pendidikan Islam memecahkan tiga rekod PMR 2010 :
1) Paling buruk dalam masa 6 tahun sejak 2005
2) Pertama kali mencatat di bawah 90% mendapat A
3) Pertama kali mendapat C
1) Paling buruk dalam masa 6 tahun sejak 2005
2) Pertama kali mencatat di bawah 90% mendapat A
3) Pertama kali mendapat C
BOLA SEPAK AFF SUZUKI
Kejayaan pasukan Malaysia mencatat kemenangan 3 - 0 menentang Indonesia dalam Final Pertama Piala AFF Suzuki memang membanggakan. Namun skuad Malaysia tidak sewajarnya menarik nafas lega. Perlu diingat pasukan Indonesia pernah membolosi 5 gol Malaysia sewaktu peringkat kumpulan. Srategi K. Rajagobal menukarkan Khairul Fahmi Che Mat menggantikan Sharbinee Alawi memang wajar. Cuma perlu diingatkan agar pemain pertahanan tidak banyak melakukan kesilapan dalam final kedua nanti kerana kita sedar bahawa gol-gol Indonesia pada perlawanan lalu adalah kebanyakannya daripada kesilapan pertahanan Malaysia di samping ketangkasan Irfan dan Okto serta pengalaman dan kebijaksanaan Gonzales. Satu perkara lagi tentang fungsi Ammar Rohidan yang perlu lebih menyerlah ketika mengawal barisan tengah dan melakukan penyudah. Saya amat gembira jika dapat melihat Ammar Rohidan dapat menyumbangkan gol dalam final kedua nanti. Di situlah titik tolak perubahan menyeluruh pasukan Malaysia. Ayuh kibarkan jalur gemilang di Stadium Gelora Bung Karno.
Pendidikan Abad 21
Dunia pendidikan masa kini makin mencabar. Guru bukan lagi sekadar perlu menjadi penceramah yang mantap tetapi juga mempunyai gaya kepemimpinan dan kemahiran fasilitator dalam menguruskan bilik darjah. Jika dulu, saya dapat membezakan antara Celcom, Maxis dan Nokia ketika umur 20 tahun. Namun sekarang, pelajar di bangku sekolah rendah sudah dapat membezakan antara ketiga-tiga tersebut. Begitu juga dalam membicarakan tentang RAM, GB, MB dan sebagainya. Inilah guru di era pasca moden ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)