Bekerja sebagai penjawat awam memang jalan yang sukar untuk membuat apa yang kita ingini. Kita terpaksa mengikut kehendak bos dan institusi kita. Kerja yang kita buat bukan semestinya kita sukai. Namun demi amanah dan tanggungjawab, maka kita perlu melaksanakannya. Kerja tersebut merupakan amanah dari Allah walaupun kita tidak mencapai keseronokan dalam bekerja. Aku tidak mahir akaun, tidak suka memegang wang orang lain. Namun, aku terpaksa terlibat dengan perkara tersebut apabila diberi tugas Bendahari. Apa yang aku bimbangkan, aku tidak dapat menjalankan amanah ini dengan baik. Bagaimana aku akan menjawab di hadapan Allah nanti.
Thursday, January 13, 2011
Thursday, January 6, 2011
Pertama Kali Menanti Iklan di TV
Inilah kali pertama dalam sejarah hidupku, aku menanti iklan di televisyen, bukannya menanti cerita, berita atau dokumentari. Aku ingin melihat iklan kerana mahu melihat aspek kemahiran memujuk yang diterapkan dalam iklan tersebut. Ini gara-gara aku kena membentangkan topik Kemahiran Memujuk kepada para pelajar tingkatan 4 MRSM Kota Putra yang sedang melalui program Kemahiran Insaniah & Kemahiran Subjek (KIKS). Maka berputarlah dalam mindaku "Kaedah Menyeluruh Daya Memujuk" yang terdiri daripada Monroe Motivated Sequence & Rank's Intensify & Downplay Schema. Berputar lagi dalam mindaku "Permintaan Berturutan" yang terdiri daripada teknik Kaki Dipintu, Pintu Dimuka, Bukan Itu Sahaja. Berpusing lagi mindaku "Teknik Pengulangan" yang terdiri daripada Aliterasi, The Dripping Tap dan The Hammer. Berputar dan berpusing mindaku tentang Teknik Pembuktian. Setiap kali iklan ditayangkan, maka aku mengaitkan dengan kaedah-kaedah tersebut. Sungguh seni dan halus kemahiran memujuk ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)