Thursday, January 6, 2011

Pertama Kali Menanti Iklan di TV

Inilah kali pertama dalam sejarah hidupku, aku menanti iklan di televisyen, bukannya menanti cerita, berita atau dokumentari. Aku ingin melihat iklan kerana mahu melihat aspek kemahiran memujuk yang diterapkan dalam iklan tersebut. Ini gara-gara aku kena membentangkan topik Kemahiran Memujuk kepada para pelajar tingkatan 4 MRSM Kota Putra yang sedang melalui program Kemahiran Insaniah & Kemahiran Subjek (KIKS). Maka berputarlah dalam mindaku "Kaedah Menyeluruh Daya Memujuk" yang terdiri daripada Monroe Motivated Sequence & Rank's Intensify & Downplay Schema. Berputar lagi dalam mindaku "Permintaan Berturutan" yang terdiri daripada teknik Kaki Dipintu, Pintu Dimuka, Bukan Itu Sahaja. Berpusing lagi mindaku "Teknik Pengulangan" yang terdiri daripada Aliterasi, The Dripping Tap dan The Hammer. Berputar dan berpusing mindaku tentang Teknik Pembuktian. Setiap kali iklan ditayangkan, maka aku mengaitkan dengan kaedah-kaedah tersebut. Sungguh seni dan halus kemahiran memujuk ini.

1 comment:

  1. Saya pun mengajar kemahiran yang sama..
    boleh la share idea untuk topik ni.. tentang iklan tu camana yer kaitannya?

    ReplyDelete