Sunday, July 22, 2012

ORANG BERIMAN TIDAK TERLEPAS DARI UJIAN

1 Ramadhan 1433H telah menguji diriku. Malam sebelum berpuasa aku terasa angin dalam perut. tak boleh buang air besar dan buang angin. Rasa loya nak muntah tapi tak dapat muntah. Pukul 4.30 pagi aku bangun untuk bersahur. Aku teringin untuk makan tetapi dadaku rasa loya, perutku rasa angin. Aku buat horlick dan ambil roti cicah horlick. selesai makan, aku duduk seketika. tiba-tiba aku muntah. sakit rasa bahagian dadaku. tak pernah aku muntah sehingga sakit dada. badanku memang rasa tak sedap dari malam semalam. Ya Allah, adakah ini ujian-Mu kepada diriku.
Aku diuji dengan perut masuk angin dan tidak boleh makan sekitar satu hari, macam mana isteriku dapat bertahan sedemikian sejak 3 minggu yang lalu selepas pembedahan apendiks pada 24 Jun lalu. Diuji lagi dengan keguguran anak ke-2 kami pada 29 jun 2012. Hakikat yang memang sukar diterima oleh seorang bergelar manusia. Muhasabah diri : adakah ini mungkin kaffarah atas dosa? Atau ujian untuk orang beriman? Mujurlah ada ayat 2 dalam surah Al-Ankabut menjadi motivasi diri. Setiap orang beriman pasti akan diuji. 

No comments:

Post a Comment