Nasib guru-guru pertengahan amat mendukacitakan. Semua maklum bahawa negara digembar-gemburkan kenaikan gaji untuk GURU. Tetapi, hakikatnya GURU yang mendapat kenaikan hanya yang bergelar Pembesar-Pembesar. Sedangkan guru golongan pertengahan khususnya Gred 41 yang bilangannya begitu ramai hanya melopong sahaja. Yang kaya terus kaya, yang sederhana jatuh miskin.
Fikirlah secara logik :
1) Kerja guru semakin bertimbun. Jumaat dan Sabtu kadang-kadang tiada cuti. Kerja-kerja di sekolah dibuat oleh guru-guru pertengahan, pembesar biasanya memberi arahan sahaja. Guru bukan sekadar mengajar. Guru lah penasihat kelab, guru lah kerani, guru lah itu dan ini. Namun yang dapat ganjaran hanya yang bergelar pembesar. apa salahnya yang di bawah juga dapat merasa. Orang kata, buat lah kerja sampingan. Cuma persoalannya, bagaimana nak buat kerja sampingan kalau 24 jam masa dikhidmatkan untuk sekolah.
2) Tanggungan lebih banyak daripada pendapatan. Siapa yang nak menafikan yang Barang Naik. Barang Naik tu semuanya barang keperluan harian yang sukar dielakkan. Minyak naik, bil elektrik naik, gula naik, astro naik. Atau kita mahu guru masa kini pakai basikal, tidak perlu membaca kerana perlu bergelap di malam hari, tidak perlu jaga keseimbangan makanan, tidak perlu tahu perkembangan dunia. Guru-guru digesa berkhidmat bersungguh-sungguh untuk sekolah, beri sepenuh masa untuk sekolah, namun sedarkah EKONOMI guru susut bahkan ada yang terpaksa berhutang demi menanggung beban hidup di negara yang aman.
No comments:
Post a Comment